Perkataan jubah ini ialah panggilan orang Malaysia kepada jibab iaitu sehelai baju labuh yang longgar
dipakai oleh para wanita islam sebagai pakaian luar untuk menutp aurat. Kalau 20 tahun dulu jubah ini biasanya dipakai oleh wanita - wanita yang terlibat dalam gerakan islam. Kini jubah telah mengalami transformasi yang amat besar oleh semua golongan wanita. Dahulunya amat susah nak jumpa yang berwarna warni selain dari warna hitam atau warna - warna gelap yang lain. Hari ini kita boleh melihat jubah direka dan dalam pelbagai warna dan bentuk mengikut citarasa dan gaya moden.
No comments:
Post a Comment