Amna Muslim Collection
Jubah & Tudung Muslimah Moden Dan Terkini
Saturday, November 30, 2013
Friday, October 4, 2013
Tuesday, September 24, 2013
Kamu Gagal!!
Wahai anakku,
Engkau merungut berkata kamu gagal. Kamu berhujah kamu gagal dibandingkan dengan sahabat kamu dari segala sudut. Kamu berkata kamu malu dan tidak dapat menaikkan maruah aku dan bonda kerana pencapaian akademik, limpahan harta, ketinggian pangkat, anugerah yang bersusun-susun yang kurang daripada sahabat-sahabat kamu.
Wahai anakku,
Usah bersedih. Tidak berkerjaya bagus, berkereta canggih, berumah besar, pemilikan segala macam gajet teknologi terbaru, memakai pakaian mahal-mahal jenama bukanlah satu dosa. Usah mengeluh, wahai anakku, kerana semua itu juga bukanlah pengukur kejayaan hidup di akhirat.
Simpanlah air matamu, kerana tidak memiliki itu semua bukan tanda kegagalanmu dalam kehidupan. Namun kamu kena beringat, jangan pula kamu terlalu bergembira jika satu hari kamu berjaya mendapat kesemua itu, kerana itu adalah seberat-berat ujian Allah.
Wahai anakku,
Memang menjadi idaman semua untuk memiliki kenderaan yang mahal berjenama. Tapi ,apa bagusnya memiliki kenderaan mahal berjenama jika kamu menggunakannya untuk berkunjung ke tempat maksiat dan bukan ke majlis ilmu, ibadah dan mencari nafkah halal untuk keluarga.
Bukan sahaja ia tidak mendatangkan ketenangan kepada kamu, sebaliknya ia menambah dosa kamu kerana nikmat Allah kamu salahgunakan. Lebih berkat kalau berkenderaan biasa jika kamu erti menggunakannya ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan awal.
Begitu dengan rumah besar dan selesa. Apa gunanya sekiranya kamu tidak mengerti menyuburkannya dengan bacaan al-Quran, mengimarahkan ilmu dan memupuk kasih sayang antara keluarga di dalamnya. Ingatlah, wahai anak kesayanganku, saiz rumahmu tidak penting, yang penting ialah pengisian di dalam rumah kamu.
Wahai anakku,
Sekiranya kamu takut terlupa apa yang aku nasihatkan ini, kamu selalukan baca Surah Al-'Ankabuut ayat 64.
" Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
Sesungguhnya, wahai anakku, Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa dunia ini hanyalah sementara, akhirat barulah kehidupan yang sebenar-benarnya. Jadi tak perlulah kamu berkecil hati dengan pembandingan harta dunia antaramu dengan para sahabatmu.
Sebaliknya, wahai anakku, bandinglah kerja-kerja amal dan pahalamu dengan sahabat-sahabatmu. Berlumbalah melihat berapa orang yang pernah kamu bantu. Berlumbalah menghitung berapa kali yang kamu berjaya menyenangkan orang yang susah. Berlumbalah kamu dari segi kerja amal. Berlumbalah untuk mendapat keredhaan Allah. Dan berlumbalah berbuat baik dengan niat terbaik supaya Allah menerima semua amalanmu.
Tanyalah dirimu, wahai anakku, siapakah juga di antara kamu yang tahu di mana kedudukannya di sisi Allah berbanding semua makhlukNya yang lain? Yang mampu menjamin bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada si fulan, si fulan yang selalu dipandangnya rendah itu?
Dua soalan itu akan membuatkan kamu merasa kerdilnya diri kamu di hadapan Ilahi. Kamu hanya mampu menunduk malu.
Wahai anakku,
Hidup kamu di dunia ini tidak sesekali dinilai melalui apa yang telah kamu capai tetapi kerana siapa kamu berusaha untuk mencapai semua cita-cita dan kejayaan tersebut.
Oleh itu, tanyalah diri wahai anakku, apakah kejayaan yang engkau bangga-bangakan itu mendekatkan kamu atau menjauhkan kamu dengan Allah?
Aku tidak bimbang kalau engkau diuji dengan kesusahan, kerana manusia akan tunduk pada Allah merayu-rayu berdoa untuk mencari penyelesaian. Aku lebih risau kalau engkau diuji dengan kejayaan, kerana ramai alpa dengan kesenangan sehingga terlupa siapa Tuhan mereka.
Janganlah kamu jadi orang yang paling rugi di dunia ini. Hanya orang yang rugi yang mengagung-agungkan semua kejayaannya yang bermatlamatkan dunia.
Perbetulkanlah niat kamu. Tajdidlah semula niat kamu, wahai anak kesayanganku.
Dan jangan lupa senyum.
Senyum.
Versi pembetulan. Senyum.

Thursday, August 29, 2013
Bahaya kepada penentang poligami
Bolehnya syariat poligami ini juga dikuatkan dengan perbuatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan perbuatan para sahabat sesudah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Syaikh Ahmad Muhammad Syakir berkata, “Anehnya para penentang poligami baik pria maupun wanita, mayoritas mereka tidak mengerti tata cara wudhu dan sholat yang benar, tapi dalam masalah poligami, mereka merasa sebagai ulama besar!!” (Umdah Tafsir I/458-460 seperti dikutip majalah Al Furqon Edisi 6 1428 H, halaman 62).
Perkataan beliau ini, kiranya cukup menjadi bahan renungan bagi orang-orang yang menentang poligami tersebut, hendaknya mereka lebih banyak dan lebih dalam mempelajari ajaran agama Allah kemudian mengamalkannya sampai mereka menyadari bahwa sesungguhnya aturan Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Berikut kami sebutkan beberapa hikmah dan manfaat poligami yang kami ringkas dari tulisan Ustadz Kholid Syamhudi yang berjudul “Keindahan Poligami Dalam Islam” yang dimuat pada majalah As Sunnah Edisi 12/X/1428 H sebagai berikut:
Poligami adalah syariat yang Allah pilihkan pada umat Islam untuk kemaslahatan mereka.
Seorang wanita terkadang mengalami sakit, haid dan nifas. Sedangkan seorang lelaki selalu siap untuk menjadi penyebab bertambahnya umat ini. Dengan adanya syariat poligami ini, tentunya manfaat ini tidak akan hilang sia-sia. (Syaikh Muhammad Asy Syanqithi dalam Adhwaul Bayaan 3/377 dinukil dari Jami’ Ahkamin Nisaa 3/443-3445).
Jumlah lelaki yang lebih sedikit dibanding wanita dan lelaki lebih banyak menghadapi sebab kematian dalam hidupnya. Jika tidak ada syariat poligami sehingga seorang lelaki hanya diizinkan menikahi seorang wanita maka akan banyak wanita yang tidak mendapatkan suami sehingga dikhawatirkan terjerumus dalam perbuatan kotor dan berpaling dari petunjuk Al Quran dan Sunnah. (Syaikh Muhammad Asy Syanqithi dalam Adhwaul Bayaan 3/377 dinukil dari Jami’ Ahkamin Nisaa 3/443-3445).
Secara umum, seluruh wanita siap menikah sedangkan lelaki banyak yang belum siap menikah karena kefakirannya sehingga lelaki yang siap menikah lebih sedikit dibandingkan dengan wanita. (Sahih Fiqih Sunnah 3/217).
Syariat poligami dapat mengangkat derajat seorang wanita yang ditinggal atau dicerai oleh suaminya dan ia tidak memiliki seorang pun keluarga yang dapat menanggungnya sehingga dengan poligami, ada yang bertanggung jawab atas kebutuhannya. Kami tambahkan, betapa banyak manfaat ini telah dirasakan bagi pasangan yang berpoligami, Alhamdulillah.
Poligami merupakan cara efektif menundukkan pandangan, memelihara kehormatan dan memperbanyak keturunan. Kami tambahkan, betapa telah terbaliknya pandangan banyk orang sekarang ini, banyak wanita yang lebih rela suaminya berbuat zina dari pada berpoligami, Laa haula wa laa quwwata illa billah.
Menjaga kaum laki-laki dan wanita dari berbagai keburukan dan penyimpangan.
Memperbanyak jumlah kaum muslimin sehingga memiliki sumbar daya manusia yang cukup untuk menghadapi musuh-musuhnya dengan berjihad. Kami tambahkan, kaum muslimin dicekoki oleh program Keluarga Berencana atau yang semisalnya agar jumlah mereka semakin sedikit, sementara jika kita melihat banyak orang-orang kafir yang justru memperbanyak jumlah keturunan mereka.
Friday, August 2, 2013
Wednesday, July 31, 2013
Kelebihan Surah Al-Mulk
Diceritakan dlm al-Quran bahawa seorang yg beramal dgn surah al-mulk..bila tiba kematian dia, terus dtg malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku knl kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"
seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dr menghukum manusia ini.."
malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."
lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran MU.."
maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran drp Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."
*nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...

Tuesday, July 30, 2013
Writed by Abu Hannan
PENGENALAN
Ulamak
ilmu jarh wa ta'dil (penilaian keadilan perawi hadith) telah bersetuju
secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di kalangan syiah
adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan kelompok-kelompok
yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta'dil yang masyhur seperti
kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu 'Adi, Ibnu Mu'ien, Ad-Daruquthni dan
lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad
periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa, pembohongan oleh
syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul
pepatah yang berbunyi 'lebih pembohong dari rafidhi (syiah)' sebagai
mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu sangat kuat berdusta.
Sebagai
contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku telah mendengar
Al-A'masy menyebut, "...aku telah menemui orang ramai dan tidaklah
mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta." (lihat : Minhaj As-Sunnah
oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Al-Khatib Al-Baghdadi juga pernah
meriwayatkan dengan sanad kepada Ibnu Al-Mubarak, beliau berkata, "Abu
'Ismah telah bertanya kepada Abu Hanifah : daripada siapakah kamu
memerintahkan aku supaya mendengar (untuk mengambil dan meriwayatkan
hadith)?" Abu Hanifah menjawab, "Daripada setiap mereka yang adil pada
hawa nafsunya melainkan syiah, kerana sesungguhnya usul aqidah mereka
adalah menghukum sesat para sahabat Muhammad SAW". (lihat : Al-Kifayah fi 'Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203).
Bahkan
Hamad bin Salamah telah berkata, "telah berkata syeikh mereka (syiah)
bahawa: Sesungguhnya jika kami berkumpul, kami akan memperelokkan
satu-satu riwayat dan kemudian kami jadikan ia sebagai hadith!" (lihat: Minhaj As-Sunnah
oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Selain itu, Yunus bin Abdul A'la
telah berkata, "Asyhab telah berkata: Imam Malik telah ditanya
pendapatnya mengenai syiah rafidhah". Imam Malik menjawab, "janganlah
kamu bercakap dengan mereka dan jangan meriwayatkan apa-apa dari mereka.
Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta." (lihat: Al-Muntaqa
oleh Adz-Dzahabi, ms. 21). Harmalah juga pernah bekata, "aku mendengar
Imam Asy-Syafie berkata: aku tidak pernah melihat seseorang membuat
kesaksian palsu selain daripada syiah ar-rafidhah". (lihat : Al-Kifayah fi 'Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 202).
Lebih
jauh daripada itu, syiah telah menjadikan pendustaan sebagai syiar
mereka lalu diimejkan jenayah itu dengan imej keagamaan dengan
menamakannya sebagai 'Taqiyyah'. Misalnya mereka berkata, "Tiada iman
bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah" Kalam ini mereka nisbahkan kepada
Muhammad Al-Baqir sebagai pengkhianatan dan pencelaan ke atas Al-Baqir. (lihat: Al-Kafi fil Usul oleh Al-Kulaini, bab At-Taqiyyah juzuk 2 ms. 19).
Pembohongan
syiah bukan sahaja mendapat komentar oleh para ulamak hadith dan
lain-lainnya, bahkan turut diulas oleh Saidina Ali RA dan para Alul Bayt
sendiri. Misalnya, Abu Amr Al-Kasyi menyebut di dalam kitab Ar-Rijal,
"Abu Abdillah (iaitu Jaafar As-Sadiq) telah berkata: sesungguhnya kami
Alul Bayt adalah orang-orang yang benar, tetapi kami tidak bebas dari
terkena pendustaan ke atas kami. Lantas kebenaran kami telah gugur
disebabkan oleh pendustaan mereka ke atas kami di kalangan manusia.
Rasulullah SAW adalah sebenar-benar insan tetapi Musailamah telah
mendustainya, Amirul Mu'minin Ali bin Abi Thalib adalah orang benar
selepas Rasulullah SAW dengan kesaksian daripada Allah tetapi dia telah
didustakan oleh Abdullah bin Saba' -Laknatullah 'Alaih-. Manakala Abu
Abdillah Al-Husein bin Ali pula telah ditimpa bencana Al-Mukhtar
(Ats-Tsaqafi). ..Manakala Ali bin Al-Husein pula telah didustakan oleh
Abdullah bin Al-Harith Asy-Syami dan Bannan... begitu juga dengan
Al-Mughirah bin Said serta As-Sirriey dan Abu Al-Khattab..." Lantas
beliau menyambung, "... laknat Allah ke atas mereka semua, dan kami juga
tidak terlepas dari didustakan oleh pendusta. Cukuplah Allah (sebagai
pelindung kami) dari bencana sekalian pendusta, semoga Allah merasakan
ke atas mereka kepanasan besi yang terbakar". (lihat: Ar-Rijal oleh Al-Kasyi ms. 257).
Sesungguhnya
golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan riwayat palsu yang
bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana mereka mencipta
hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt. Mereka juga
mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA khususnya Abu
Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA. (lihat contohnya di dalam Syarh Nahjil Balaghah oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135).
Syiah
juga mencipta hadith palsu untuk menghina Muawiyah RA. Satu contoh
mudah adalah hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW kononnya
Baginda berkata, "jika kamu melihat Muawiyah di atas mimbarku, maka
bunuhlah dia" (lihat: Al-Alie' Al-Masnu'ah fi Al-Ahadith Al-Maudhu'ah
oleh As-Sayuti, juzuk 1 ms. 323) Bukan sahaja di dalam membahaskan
tentang Ali RA dan Muawiyah RA, bahkan syiah juga mencipta banyak
pembohongan terhadap para sahabat RA yang lain. Jika mereka berani untuk
mendustakan Nabi SAW maka seudah tentulah pembohongan ke atas selain
Baginda itu jauh lebih mudah bagi mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)